Pantun

Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang subuh
Minta ampun pada tuhan

Bunga kenangan diatas kubur
Pucuk sari pandan jawa
Apa guna sembahyang dan takabbur
Rusuk hati badan binasa

Kemumu di dalam semak
Jatuh Melayang selaranya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya

Buah ini buah berangan
Masak di bungkus sapu tangan
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ahirat kelak kampung halaman

Banyak bulan perkara bulan
Tidak semulia bulan puasa
Banyak tuhan perkara tuhan
Tidak semulia tuhan yang maha Esa

Orang bayang pergi mengaji
Ke cubadak jalan ke panti
Meninggal sembahnyang jadi berani
Sepeti badan tak akan mati

Pangkal dibelit di pohon jarak
Jarak nan tumbuh di tepi serambi
Jangan dibuat yang di larang syara’
Hindarilah perbuatan yang di larang Nabi

mamuai wanyi tangkainya runtun
wanyi dipuai di atas gunung
mari kita baturai pantun
mahaur panas kada banaung

kuda naik balalajuan
naik di barak naik di muka
kada baik bamamandaman
baik diurak baik dibuka

manabang kayu wirandu
rabahnya kapahalatan
mandangar suara rasa pinandu
urangnya kada sikalihatan

rasa taputar pangikat di dada
takitar ditawing basirap di atas
rasa takibar sumangat di dada
takilar si ading basilap amas

maripah buluh taripah upih
iwak pirang diripun licin
tasalah tuju tasalah pilih
awak hirang diripun miskin

hirang hirang tampuk palawi
kamuning luruh kambangnya
hirang hirang lamun panggawi
putih kuning apa gunanya

anak irangan guring bagantung
anak warik manyanyiakan
biar hirang lamun bauntung
rupa baik kada dimakan

manutuk lasung balenggang
mapa akal handak manggalangakan
amun buruk tapih di pinggang
siapa jua nang manukarakan

baras limbukut jangan ditumbuk
baik ditampi buang antaknya
jangan takut batapih buruk
kena aku nang manggantinya

sarang apa sarang nang ini
jatiku rikit tabalik ringan
urang mana nang datang kamari
hatiku sakit tabalik sanang

dupa ragi ditampi ragi
buahnya sasak sabutnya kandal
napa lagi dicari lagi
matanya galak rambutnya ikal

ukir ukir tanah Batawi
pinang muda dibelah dua
jangan dipikir di dalam hati
mudahan bajodo kita badua

kalu jadi kita ka Kuin
kain sejar kujahit dua
kalu jadi kita takawin
tikar salambar kurabit dua

katutut burung katutut
katutut basaung buntut
kalo ada jodo manuntut
urang tuha bisa mamatut

Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

Rumah kecil tiang seribu,
Rumah besar tiang sebatang;
Kecil-kecil ditimang ibu,
Sudah besar ditimang gelombang.

Kalau ada jarum patah,
Jangan simpan di dalam hati;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.

Malam ini merendang jagong,
Malam esok merendang serai;
Malam ini kita berkampung,
Malam esok kita bercerai.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita bersama mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Gunung Tahan sama didaki,
Selat Melaka sama direnang;
Jika kita bersatu hati,
Perkara susah menjadi senang.

Nona manis memakai sanggul,
Kaki berjuntai mengalun buaian;
Amanah kerajaan sama dipikul,
Dahulukan rakyat utamakan pencapaian.

Buah papaya dihiris-hiris,
Jadi hidangan di waktu senja
Pendidikan dijulang, maksiat dikikis,
Terkenal SMTP seantara dunia.

Bunga selasih sibunga padi,
Kembangnya mekar di dalam taman;
Ilmu dicari hingga ke mati,
Supaya hidup sentiasa aman.

Kalau menebang si pohon jati,
Jangan dilupa pesan laksamana,
Pengetua memimpin guru murid turuti;
Pasti Visi Misi SMTP terlaksana.

Buahlah betik dalam perahu,
Enak dimakan di hari petang;
Pengetua berusaha erat bersatu,
Modal insan negarabangsa dikembang.

Kalau bukan kerana bintang,
Tidaklah bulan terbit tinggi,
Kalau bukan kerana sayang,
Tidaklah Pengetua datang ke mari

Bunga selasih mekar berkembang,
Menjadi idaman si anak dara;
Pendidikan cemerlang ilmu dijulang,
Pasti PIPP akan terlaksana.

Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur kita bersua.



Pukulah gendang pukul rebana,
Dalam majlis tari menari;
Banyak berjalan berkembanglah minda,
Untuk pedoman kemudian hari.

Makan sirih berpinang tidak,
Pinang diambil di bawah tangga;
Peranan Pengetua dinafi tidak,
Lahirkan masyarakat minda kelas bangga

Burung merpati atas jerami,
Jerami terhampar di tengah bendang;
Guru berkesan Guru dikagumi,
SMTP cemerlang Malaysia terbilang.

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budimu tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Teguh setia mengisi harapan,
Insan berilmu Penunjang peribadi,
Berpadu tenaga mencapai kejayaan,
Sehati sejiwa berhemah tinggi

Bila memandang ke muka laut,
Nampaklah sampan mudik ke hulu;
Terkenang Tuan mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.

Anak merak di Kampung Cina,
Cari makan meniti batang;
Hadirnya saya bukan terpaksa,
Menggerakkan SMTP terus gemilang.

Ada pepaya ada mentimun
Ada mangga ada salak
Daripada duduk melamun
Mari kita membaca sajak

Kalau ada jarum patah
Jangan dimasukkan ke dalam peti
Kalau ada kataku yang salah
Jangan dimasukan ke dalam hati

Lurus jalan ke Payakumbuh,
Kayu jati bertimbal jalan
Di mana hati tak kan rusuh,
Ibu mati bapak berjalan

Kayu jati bertimbal jalan,
Turun angin patahlah dahan
Ibu mati bapak berjalan,
Ke mana untung diserahkan

Elok rupanya si kumbang jati
Dibawa itik pulang petang
Tidak terkata besar hati
Melihat ibu sudah datang

Tanam melati di rama-rama
Ubur-ubur sampingan dua
Sehidup semati kita bersama
Satu kubur kelak berdua

Asam kandis asam gelugur
Kedua asam riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang

Elok rupanya pohon belimbing
Tumbuh dekat pohon mangga
Elok rupanya berbini sumbing
Biar marah tertawa juga

Kalau puan, puan cemara
Ambil gelas di dalam peti
Kalau tuan bijak laksana
Binatang apa tanduk di kaki

Awal menyurat di Batu Pahat
Rantau Panjang namanya tempat
Dibuat syair akan nasehat
Hendaklah dibaca kuat-kuat

Faqir membuat akan sindiran
Dengan pertolongan Tuhan Rahman
Siapa-siapa membaca ingatlah tuan
Janganlah lalai sekalian ikhwan

Tamatlah sudah syair nasehat
Hendaklah ikhwan sekalian ingat
Serta faham segala ibarat
Serta amalkan mana-mana yang dapat

Dimulai syair dengan bismillah
Memohonkan ampun kepada Allah
Faqir mengarang berbuat lelah
Diperbuat sindiran ibarat berpindah

Inilah sindiran lama bertambah
Mengarang syair ibarat berpindah
Syair ibarat yang amat indah
Ingatlah diri akan berpindah

Wahai sekalian adik dan kakak
Ingat-ingat janganlah tidak
Mati itu tak boleh tidak
Pikirlah tuan adik dan kakak

Negeri akhirat tempat menanti
Baiklah kita berbuat bakti
Sementara hidup sebelum mati
Jangan mencari harta pengisi peti

Tipu dunia terlalu besarnya
Tiadalah ingat pula kenanya
Cari thabib yang maqbul doanya
Supaya sembuh dengan segeranya

Jikalau peti banyak isinya
Banyak pencuri ingin mengambilnya
Bersungguh-sungguh kita melawannya
Jangan menyesal kemudian harinya

Siapa orang ahli thariqat
Serta amalkan ibadahnya kuat
Tahulah dia dunia banyak mudharat
Tidaklah boleh dibuat sahabat

Barangsiapa mengetahui rasanya
Niscaya berubah segala thabi’atnya
Sedikit tak mengambil akan dunianya
Ke akhirat juga banyak tuntutannya

Wahai anak muda bangsawan
Kuat-kuat engkau berguru Quran
Melancar itu janganlah segan
Supaya menjadi Qari pilihan

Apabila sempurna kaji Quran
Ushul dan fiqh pula dipelajarkan
Serta ibadat berhari-harian
Faqih dan Qari orang panggilkan

Dalil dan Hadis diperbaikinya
Halal dan haram dosa fahalanya
Apabila sempurna adab syaratnya
Baharulah ikhlas amal ibadatnya

Ambillah pula ilmu thariqat
Kepada khalifah yang tinggi pangkat
Ilmu yang jauh menjadi rapat
Tetapi ratib hendaklah kuat

Apabila dipakai thariqat Naqsyabandiyah
Dibuang tengkuluk dipakai kopiah
Perbuatan yang haram ditinggalkanlah
Dikekalkan ingat kepada Allah

Jikalau tuan memalai ilmu thariqat
Dibetul dahulu bicara i’tiqat
Serta dikenal dalil haqiqat
Baharulah sempurna pula makrifat

Siapa orang ahli thariqat
Serta amalkan ibadahnya kuat
Tahulah dia dunia banyak mudharat
Tidaklah boleh dibuat sahabat

Apabila sempurna thariqatmu tuan
Shalawat dan suluk pula kerjakan
Barulah putus makrifatmu tuan
Membezakan hamba dengannya Tuhan

Mengerjakan suluk janganlah jemu
Dari kecil sampai besarmu
Pengajaran ini daripada hamba
Kepada adik dan kakak bersama-sama

Mendirikan suluk di Batubara
Karena berhajat sanak saudara
Datanglah faqir dengannya segera
Dari negeri Langkat si Tanjung Pura

Maka bersuluk karena derajat
Karena jalan mengampuni taubat
Dicarilah thabib yang pandai obat
Supaya jangan menjadi mudharat

Jikalau tiada kuat bertanya
Mana yang dapat segera hilangnya
Datanglah segan mengerjakannya
Tasbih dipegang dilepaskannya

Jikalau datang segan dan lelah
Dibanyakkan ingatan kepada Allah
Datang cobaan disabarkanlah
Meminta ampun barang yang salah

Jikalau guru datang bertanya
Hendaklah dikhabarkan dengan sebenarnya
Jangan dikurangi jangan dilebihinya
Sebanyak yang dilihat dikhabarkannya

Barangsiapa banyak was-wasnya
Dihadirkan rabithah rupa gurunya
Jikalau tidak sempurna hadirnya
Tiadalah faedah menolaknya

Menghadirkan rabithah itu banyak faedah
Ialah membawa kepada limpah
Melazimkan fana kepada rabithah
Itulah membawa kepada muqobalah

Ayuhal ikhwan hendaklah tilik
Inilah kesudahan perjalanan suluk
Perjalanan laju tidak bertuluk
Karena Allah Tuhan yang Kholiq

Kurnia Allah Tuhan yang baqi
Kepada hamba-Nya yang putih hati
Tafakur musyahadah tiada berhenti
Daripada hidup sampai ke mati
0 Responses